Artikel

Cukup sekadar satu pasaran saham untuk berdagang

KUALA LUMPUR, 16 Dis : Usah kusutkan fikiran dengan memasuki banyak pasaran untuk berdagang, meskipun akan memberi kelebihan kepada seseorang trader, kata Pengurus Dana Bertauliah, Dato’ Dr Nazri Khan.

Jelas beliau, cukup sekadar memberi tumpuan kepada satu pasaran saham dan diyakini berpotensi utuh dalam pasaran walaupun berlaku pergolakan ekonomi, serta berupaya berdepan situasi turun dan naik pasaran.

“Kita buy call option, dan kalau saham itu jatuh, kita boleh put option. Jatuh dan naik sesuatu saham itu tidak ada masalah sebab kedua-duanya kita boleh jana pendapatan. Ini kaedah mudah untuk orang yang baru berjinak-jinak belajar menjadi trader,” katanya.

Ketika ditemubual dalam DDNK Podcast yang dikendalikan oleh Naib Presiden Kanan DDNK Academy, Datuk Jerry Rizal; Dr Nazri Khan berkata, seseorang trader perlu tahu karektor (saham) dan memilih tempoh masa yang dirasakan selesa untuk berdagang.

Katanya, ada segelintir pelabur gemar membeli dan menjual dalam tempoh sejam, manakala kebanyakkannya lebih selesa menguruskan pembelian dan penjualan saham dalam tempoh yang singkat.

“Tak susah pun, asalkan kita ada mata untuk tengok warna hijau dan merah (lilin merah dan hijau). Yang penting tidak buta warna dan ada sedikit keseronokan melihat saham naik dan turun.

“Sebab itu, walaupun saya seorang Pengurus Dana, saya sendiri akan trade sebab saya seorang intellectually simulated dan apabila melihat saham-saham ini naik, consolidate atau crash, memberi keghairahan kepada saya kerana ini peluang besar untuk saya trade,” katanya.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US