Artikel

Didik masyarakat agar celik pelaburan

Didik masyarakat agar celik pelaburan

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Literasi kewangan sangat penting bagi mendidik masyarakat agar memahami pengurusan kewangan yang betul, agar tidak terperangkap dalam masalah kewangan.

Pengurus Dana Bertauliah, Dato Dr Nazri Khan, berkata cara paling efektif bagi melahirkan rakyat berpendapatan kelas pertengahan adalah dengan memantapkan pemahaman mengenai pelaburan. 

Katanya, pendedahan mengenai dagangan saham adalah  cara untuk mendidik masyarakat mengenai pengurusan kewangan untuk jangka masa panjang, agar dapat mencapai matlamat sebagai negara berpendapatan tinggi yang diujarkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli baru-baru ini. 

“Maksudnya, kita perlukan lebih banyak program atau seminar bergerak yang juga dihadiri oleh penceramah yang mahir dan bertauliah dalam sektor kewangan bagi memberikan pemahaman kepada rakyat bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan cara pelaburan, kerana ia adalah pendapatan pasif, cuma, memerlukan kesabaran, disiplin dan teknik yang betul. 

“Banyak komoditi yang cenderung meningkat nilainya seperti emas, tetapi, ada cara macam mana kita boleh membuat pelaburan tanpa perlu berada di depan komputer. Dalam buku saya, Autopilot Investor ada menerangkan bagaimana untuk menjadi pelabur, cuma, memerlukan mereka untuk kekal istiqomah (konsisten) dalam pelaburan,” katanya. 

Beliau berkata, lebih banyak inisiatif dan insentif perlu diberikan kerajaan kepada rakyat, terutamanya melibatkan majikan dengan membantu dari segi memberikan pendedahan kepada pekerja mengenai pengurusan kewangan yang baik dan selamat, seperti menghantar ke program atau seminar berkaitan kewangan.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US