{"id":1504,"date":"2024-11-07T12:25:00","date_gmt":"2024-12-19T04:25:32","guid":{"rendered":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/?p=1504"},"modified":"2025-01-31T16:32:03","modified_gmt":"2025-01-31T08:32:03","slug":"impak-pilihan-raya-presiden-as-beri-kesan-kepada-ekonomi-malaysia","status":"publish","type":"artikel","link":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/ms\/artikel\/impak-pilihan-raya-presiden-as-beri-kesan-kepada-ekonomi-malaysia\/","title":{"rendered":"Impak pilihan raya Presiden AS beri kesan kepada ekonomi Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 7 Nov \u2013 Malaysia perlu ada kelebihan daya saing yang kuat untuk mendepani sebarang kemungkinan yang akan tercetus selepas pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang baharu.<\/p>\n<p>Penganalisis Ekonomi, Dato Dr Nazri Khan, berkata siapapun yang akan dipilih, negara perlu bergerak seiring dengan acuan ekonomi dunia untuk kemampanan ekonomi dengan memfokuskan perihal dalaman negara.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah terbiasa dengan kejutan luaran. Hari ni kita bercerita tentang Donald Trump lawan Kamala Harris, lagi empat tahun kita tidak tahu siapa pula.<\/p>\n<p>\u201cAtas kertas, kita tahu Donald Trump mengambil langkah lebih konfrontasi. Mungkin akan ada peperangan, dengan China atau Rusia. Tetapi, Kamala Harris lebih kepada kedamaian, lebih keibuan walaupun dia nampak tidak menentu.<\/p>\n<p>\u201cPada pandangan saya sebagai ahli ekonomi, mengikut polisi, pilihan raya, manifesto dan sebagainya, pertumbuhan ekonomi dunia dijangkakan akan lebih sukar kalau berada di bawah Donald Trump,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jelas beliau, pemerintahan Trump akan memberi kesan kepada Malaysia memandangkan polisinya yang menekankan isu pendatang, kenaikan tarif, peningkatan inflasi serta kesan ke atas matawang asing.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi di bawah parti Demokrat akan lebih kukuh kerana dasar terbuka kepada negara-negara luar yang akan memberi limpahan kepada Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cAtas kertas, pertumbuhan ekonomi akan memberi kesan kepada Malaysia di bawah pentadbiran Trump, kerana dia akan mengambil langkah drastik dengan menaikkan tarif yang memberi impak kepada inflasi.<\/p>\n<p>\u201cMalah, Ringgit mungkin akan melemah disebabkan Dollar menjadi kuat. Ini kerana kadar faedah akan dinaikkan untuk melawan inflasi. Berbanding Harris, akan banyak kerjasama yang akan tercetus antara Amerika Syarikat dan ASEAN,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 7 Nov \u2013 Malaysia perlu ada kelebihan daya saing yang kuat untuk mendepani sebarang kemungkinan yang akan tercetus selepas pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang baharu. Penganalisis Ekonomi, Dato Dr Nazri Khan, berkata siapapun yang akan dipilih, negara perlu bergerak seiring dengan acuan ekonomi dunia untuk kemampanan ekonomi dengan memfokuskan perihal dalaman negara. \u201cKita [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":1622,"parent":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","template":"","categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1504","artikel","type-artikel","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/artikel\/1504","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/artikel"}],"about":[{"href":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/artikel"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1504"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/artikel\/1504\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2061,"href":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/artikel\/1504\/revisions\/2061"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1622"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1504"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1504"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/stg.ddnk.ai\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1504"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}