Artikel

Fahami emosi trader sebelum berdagang

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Kecekapan bertindak dalam menentukan keupayaan sesuatu pasaran amat dititikberatkan dalam berdagang, terutama membabitkan emosi trader.

Pengurus Dana Bertauliah, Dato’ Dr Nazri Khan, berkata selain pemahaman dalam analisis pasaran, sebagai trader perlu faham psikologi dan emosi pasaran saham sebelum melabur.

“Kalau kita nak buat duit sebagai trader, kita kena faham bahasa emosi terutama dalaman (orang) atau sentimen pasaran. Apa yang mereka nak buat, kita kena tilik psikologi yang mereka lakukan. Itulah pengamatan saya.

“Kerja saya mudah, saya kena baca apakah emosi ketika pasaran dibuka. Apa sentimen dia, adakah orang sedang tamak, sedang chasing the stocks atau jual. Semua ini kita kena belajar untuk betul-betul faham trading ini, bukan semata-mata masuk, kemudian keluar, atau dapat untung,” katanya.

Hampir tiga dekad bergelumang dalam dunia trader, banyak mengajar beliau mengenai teknik dan pendekatan yang sesuai bagi mencapai matlamat keuntungan, namun, tidak dapat lari daripada berdepan kerugian.

Katanya, apa yang diperlukan adalah latihan untuk lebih memahami struktur pasaran, corak carta serta emosi dalam trading, bukan semata-mata membuka akaun trading, tetapi tidak ada simulator.

“Ramai orang buka akaun demo atau real, tetapi mereka tak practice. Jika ada simulator kita boleh practice olok-olok dan ada strategi ringkas yang perlu dipraktikkan berulang kali sehingga kita faham dan tahu apa nak buat.

“Dalam sehari, saya hanya perlukan dua jam sahaja yang kebanyakkannya pada awal pagi bagi mencipta momentum dalam trading,” katanya.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US