Artikel

JTD: Gelaran untuk melakar momentum sebagai pemangkin kepada generasi muda

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Bukan mudah untuk meletakkan nama di persada dunia dengan pencapaian yang diraih, meskipun ada yang memandang sinis pengiktirafan yang diperoleh. Namun, bagi figura bidang pelaburan dan trader ini, kejayaan yang dicapai adalah untuk menyuntik momentum kepada negara dan pemangkin kepada generasi muda.

Walaupun gelaran Juara Trader Dunia (JTD) dipandang asing memandangkan masih baharu di Malaysia, tetapi, Dato Dr Nazri Khan berpandangan, pencapaian itu menjadi titik permulaan untuk membawa negara ke satu lagi tahap di mata dunia dan sebagai legasi kepada generasi akan datang.

Bukan semua orang mampu menempa nama di peringkat global, apatah lagi perlu bersaing dengan nama-nama besar di peringkat antarabangsa. Mengakui kerdil di mata dunia dengan negara terasing di benua Asia Tenggara, tetapi bukan penghalang buat Dr Nazri Khan menaikkan lagi nama Malaysia setanding menara ikonik yang menjadi siulan seantero dunia.

“Bukan kemegahan mahupun populariti yang ingin saya raih, sebaliknya, untuk menempa satu lagi sejarah kepada negara, kerana bidang trading ini sudah lama, cuma, di Malaysia ia masih baharu.

“Kalau kita selami sejarah kejuaraan dalam bidang yang digelar Robin’s Cup ini, kebanyakkannya didominasi oleh orang barat. Jadi, apabila nama saya terpahat dalam carta kejuaraan, ia membuka mata lebih 300 peserta dari seluruh dunia mengenai Malaysia,” katanya.

Lebih manis lagi apabila kemenangan yang dicapai diberikan pengiktirafan oleh Malaysia Book of Record sebagai Most World Cup Trading Championship Won in a Year, memahat sejarah peribadi yang menjadi pencetus kepada pelapis baharu.

“Sebenarnya, Juara Trader Dunia ini sudah berlaku sejak tahun 1980-an lagi sebagai kejuaraan paling berprestij. Antara semua trader dan pelabur seluruh dunia, ada lebih 10,000 orang yang sertai, namun, hanya 312 orang sahaja yang berjaya masuk dalam leaderboard (papan penarafan).

“Ramai yang menyertai adalah mereka dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, United Kingdom serta Itali kerana mereka ada budaya sebagai trader. Penyertaan saya adalah untuk meletakkan nama Malaysia dalam senarai kejuaraan dan mahu orang luar nampak yang Malaysia juga mempunyai bakat-bakat trader bertaraf dunia,” katanya.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US