Artikel

Malaysia perlukan banyak instrumen dalam pasaran saham

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Pasaran modal Malaysia dilihat stabil memandangkan mempunyai pengawal selia (regulator) yang kukuh dan mampan serta mesra pelanggan yang menyumbang kepada prestasi luar jangka apabila melepasi paras RM4 trilion pada tahun 2024. (https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2024/12/1337537/pasaran-modal-malaysia-lakar-sejarah-melepasi-rm4-trilion-tahun-ini)

Pengurus Dana bertauliah, Dato’ Dr Nazri Khan berkata, namun, Malaysia perlukan lebih banyak instrumen dalam pasaran yang bukan hanya memfokuskan kepada patuh shariah, tetapi, berpotensi memberikan pengunggaan atau leverage kepada pelabur. 

“Saya yakin dengan perkembangan pasaran modal kita khususnya pasaran ekuiti, dan berharap pelabur-pelabur akan melabur lebih banyak di dalam negara.

“Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN juga akan mewujudkan kerjasama lebih besar antara Malaysia dengan negara-negara serantau, khususnya Indonesia dan juga Thailand berpotensi memacu lebih banyak pasaran saham ekuiti shariah,” katanya. 

Jelas beliau, kekurangan instrumen dalam pasaran Malaysia mungkin menyebabkan pedagang lebih memilih pasaran luar seperti Amerika Syarikat, Singapura atau Hong Kong, disebabkan oleh instrumen yang banyak memberikan peluang untuk penyertaan runcit. 

Beliau berharap, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin beliau boleh memperkenalkan lebih banyak produk-produk baharu seperti kontrak untuk perbezaan (CFD) atau boleh membeli saham pecahan (fractional shares) berbanding membeli satu lot saham sahaja. 

“Di Malaysia, kita perlukan lebih banyak sokongan dan juga pendidikan, infrastruktur teknologi yang menggunakan kecergasan buatan (AI) kepada semua penyertaan runcit supaya kita boleh meningkatkan peluang untuk berdagang kepada semua orang.

“Saya rasa dengan adanya kecekapan teknologi seperti AI mungkin boleh memberikan lebih banyak peluang kepada pedagang memahami cara untuk menganalisa pasaran saham di Malaysia,” jelasnya. 

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US