Sebelum ini Rusia telah menempatkan anggaran 100,000 angkatan tentera berhampiran sempadan Ukraine. Detik hitam berlaku apabila Rusia mengambil langkah seterusnya dengan menceroboh Ukraine pada 24 Februari 2022.

Hal ini telah menyebabkan ketidakstabilan pada harga minyak dunia sehingga meningkat ke paras tertinggi dalam 13 tahun. Bagaimana ini boleh berlaku?

Harga Minyak Mentah Sudahpun Naik Pasca-Covid
Mungkin ramai tidak sedar, harga minyak sebenarnya sudahpun meningkat dengan pantas berikutan pemulihan ekonomi pasca-lockdown di negara Barat, menghampiri $100 setong. Apabila ekonomi berkembang, permintaan terhadap minyak mentah juga akan meningkat. Misalnya urusan import dan eksport melibatkan logistik yang memerlukan petrol yang datangnya daripada minyak mentah yang diproses.
Ketegangan Menyebabkan Ketakutan

Ketegangan geopolitik antara Rusia dan Ukraine turut menyebabkan ketakutan di negara Timur Tengah dan menambah rasa gementar pada pasaran minyak. Kerisauan terhadap bekalan minyak mentah menyebabkan ianya dijual pada harga yang lebih tinggi.
Rusia Salah Satu Pengeluar Minyak Terbesar Dunia
Bukan sahaja Rusia antara pengeluar minyak terbesar dunia, malah menurut statistik U.S. Energy Information Administration pada tahun 2020, 7% bekalan import petroleum U.S., termasuk minyak mentah datangnya dari Rusia.

Malah, Rusia membekal sekitar 30%-40% minyak, gas dan batu arang ke negara-negar Eropah menurut Kevin Book, Pengarah Urusan di Clearview Energy Partners. Beliau juga menyebut Rusia turut mengeksport 4% hingga 5% bekalan tenaga ke seluruh dunia.
Bekalan Minyak Yang Terhad
Bekalan tidak dapat bertindak balas sepenuhnya terhadap peningkatan permintaan. Bekalan minyak terhad disebabkan kitaran pelaburan untuk jangka panjang dan berhati-hati dalam peruntukan modal.
OPEC telah meningkatkan kadar pengeluaran minyak secara perlahan-perlahan, namun mereka juga mempunyai kapasiti ganti yang terhad dan mungkin berhati-hati untuk tidak melebihkan bekalan pasaran lagi.

Di luar kapasiti ganti, pengeluaran minyak melibatkan kitaran pelaburan yang sangat panjang. Ia boleh mengambil masa sehingga satu dekad bermula daripada sumber minyak disahkan sehinggalah proses pengeluaran. Sesetengah sumber tidak konvensional boleh menghasilkan pengeluaran dengan lebih cepat, tetapi masih terhad dalam skala.
Selain itu, semua pengeluar berhati-hati dalam memperuntukkan modal. Pertama, mereka mengambil pengajaran daripada pasaran ketika bekalan berlebihan sehingga harga minyak turun kepada negatif $40.
Kedua, hal yang mungkin lebih penting, terdapat tekanan yang kuat terhadap industri untuk tidak membangunkan bidang baru, untuk menahan atau mengurangkan pelaburan dalam mengekalkan dan mengembangkan pengeluaran, dan untuk mengalihkan modal kepada pelaburan hijau.
Sumber: CNBC, Business Standard & Weforum
Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com
KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.





