Teknologi kecerdasan buatan atau AI semakin mendapat tempat dalam industri, kerana dapat memberikan kelebihan dan kemudahan dari segi kepatasan serta keupayaan menafsir yang seakan hampir dengan pemikiran manusia.
Disebabkan oleh kecanggihan dan kemantapan teknologi tersebut, ramai pemain industri mula beralih arah kepada AI, menyebabkan pelaburan dalam evolusi teknologi itu kelihatan semakin berkembang dengan kewujudan pelbagai, termasuk produk AI cetusan Elon Musk.
Peneraju kenderaan elektrik (EV) itu mencetuskan dimensi dalam AI yang menarik minat pelaburan luar, menandakan keyakinan terhadap potensi transformasi serta keupayaan dalam menghasilkan inovasi termaju.
Kepantasan revolusi AI dalam teknologi sudah menjadi keperluan terutama industri pekerjaan bagi mengimbangi keperluan teknologi dan tenaga kerja manusia yang bergerak seiring mendepani peralihan kemajuan.
Pembangunan sistem AI menjadi penggerak industri seperti Musk selepas usahanya dalam EV, penerokaan angkasa lepas dan antara muka otak-komputer, bagi memahami kehendak perniagaan terutama pemain industri berasaskan tekonologi.
Perkembangan positif itu merevolusikan pelbagai industri daripada penjagaan kesihatan dan kewangan hingga pembuatan dan hiburan. Penggunaan alat AI generatif secara pesat, seperti ChatGPT dan Midjourney, menunjukkan potensi AI untuk mentakrifkan semula operasi perniagaan dan proses kreatif.
Penafian
Artikel ini adalah hasil pandangan peribadi penulis sebagai seorang pakar ekonomi dan tidak semestinya mencerminkan pendapat organisasi, institusi, atau pihak lain. Maklumat yang disediakan adalah bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian umum sahaja, dan tidak harus dianggap sebagai nasihat kewangan, pelaburan, atau profesional. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat daripada pakar yang bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat dalam artikel ini.





