Artikel

Tak perlu Ijazah untuk jadi trader – DDNK

Tak perlu Ijazah untuk jadi trader -DDNK

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Cukup sekadar memahami teknik dan mempunyai ilmu dalam berdagang sudah memadai bagi menjadi seorang trader.

Jelas Pengurus Dana Bertauliah, Dato’ Dr Nazri Khan, ramai yang menganggap untuk menjadi trader memerlukan ilmu ekonomi serta mempunyai ijazah, sebaliknya, ia lebih kepada teknikal dan memahami teknologi.

“Walaupun saya mempunyai PhD dalam ekonomi, tidak bererti orang lain juga perlu memiliki kelulusan tinggi. Saya mula menjadi trader ketika masih belajar di United Kingdom menggunakan duit biasiswa.

“Kalau kita nak buat duit (trading) ini, kita tak perlukan ijazah pun, sebab dalam dunia trading ini apa yang kita perlukan adalah penguasaan dan pemahaman kita kepada chart pattern, visual kena bagus dan perlu belajar ilmu teknikal analisis,” katanya.

Beliau berkata, semua ilmu dan teknik untuk menjadi seorang trader perlu dipelajari, dan di DDNK Holdings Sdn Bhd ada menyediakan program serta seminar mengenai pelaburan termasuk penggunaan teknologi yang digunakan untuk berdagang.

Katanya, DDNK Holdings turut menganjurkan program-program berkaitan pelaburan saham dan trading secara percuma kepada orang ramai yang ingin pelajari teknik dan cara yang betul untuk melabur dan berdagang.

“Ilmu apapun yang kita nak belajar memang susah kalau kita tidak ada usaha untuk belajar. Malah, ketika kecil dulu pun kita rasa soalan satu campur satu, susah. Tetapi, lama-kelamaan kita rasa mudah, sebab kita belajar. Jadi, sama juga dengan ilmu teknikal analisis yang memerlukan kita melihat harga, carta, gelombang pasaran serta tindakan yang perlu kita ambil.

“Itu sahaja yang kita perlukan dan bila kita sudah memahami chart pattern yang mengatakan ada breakout, bermaksud saham itu sudah bersedia untuk meletup dan apabila momentum itu sudah berakhir, kita sudah mula nampak kesan serta hasilnya,” katanya.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US