Artikel

Trading dan Pelaburan adalah instrumen saham, dalam konsep berbeza – DDNK

Trading dan Pelaburan adalah instrumen saham, dalam konsep berbeza

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Tanggapan mengenai pelaburan dan trading adalah dua instrumen berbeza dalam saham adalah tidak tepat, cuma berbeza konsep dan pendekatan yang digunakan, kata Dato’ Dr Nazri Khan.

Pengurus Dana Bertauliah dan Trader itu berkata, kedua-duanya membabitkan saham, tetapi teknik, cara, masa dan modal yang digunakan adalah berbeza mengikut minat, keupayaan dan kesanggupan seseorang individu.

Jelas beliau, trading lebih bersifat teknikal dan memerlukan kefahaman serta penilitian dari segi teknologi, carta atau graf dan waktu yang sesuai untuk melakukan dagangan, manakala, pelaburan lebih bersifat tradisional.

“Berbeza dengan pelaburan, di mana kita melabur sejumlah wang seperti dalam Dana Unit Amanah atau Private Mandate mengikut jumlah yang ditetapkan untuk tempoh masa yang lama, mungkin dua ke lima tahun atau lebih dari itu.

“Manakala, trading lebih bersifat volatility dan day trading di mana modalnya mungkin serendah RM10 atau RM100 dan mungkin juga RM1. Ia didagangkan selepas 30 minit pasaran dibuka dan boleh keluar sepantas 5 minit kemudian. Tetapi, ia lebih kepada Forex, Kripto, Bitcoin dan emas,” katanya.

Beliau ketika ditemubual dalam DDNK Podcast oleh Senior Vice President DDNK Academy, Datuk Jerry Rizal, berkata ramai memberikan tafsiran dan pemahaman yang salah mengenai kedua-dua instrumen tersebut sehingga melabelkan dirinya sebagai scammer, dengan mendakwa beliau membeli gelaran kejuaran dunia dalam World Cup Trading Championship.

“Sebelum ini ramai yang cakap, Dato’ belilah (gelaran Juara Trader Dunia), Dato’ bawa wartawan-wartawan, kadang-kadang saya bengang juga dengan mereka ini. Sebab trade saya dan semua trader lain (seluruh dunia) boleh dilihat dalam website World Cup Trading Championship, kemudian kita tahu (pengiktirafan) The Malaysia Book of Records bukan tipu.

“Kita tahu, ini semua audited dan boleh tengok trade saya juga ada jatuh-naik setiap hari. Cuma, satu benda yang bagusnya bila kita jadi trader, komitmen masa dan modal kita lebih rendah,” katanya.

Tambah beliau, kedua-duanya boleh dilakukan sama ada di pasaran tempatan atau luar negara, namun, sasaran beliau lebih terarah kepada pasaran luar negara terutama Amerika Syarikat, memandangkan nilai pasarannya lebih besar dan meluas.

share it :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_US