Artikel

Buka lebih peluang untuk pasaran rentas sempadan

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Malaysia perlu lebih membuka peluang untuk membenarkan pasaran merentasi sempadan ataupun cross-border stock bagi membolehkan negara-negara lain seperti Singapura dan Hong Kong membawa masuk saham-saham daripada syarikat-syarikat besar di negara mereka ke Malaysia.

Pengurus Dana Bertauliah, Dato’ Dr Nazri Khan, berkata komunikasi dengan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa perlu diperluaskan untuk menarik minat mereka  untuk menyenaraikan saham mereka di Malaysia bagi menambah lebih banyak kecairan dalam pelaburan mereka. 

“Contohnya, Singapura, banyak warren hebat, tetapi, warren itu di tersenarai luar bursa saham Singapura. Ini sesuatu yang Malaysia boleh buat di mana Syarikat yang  bertempat di luar negara, tetapi, boleh menyenaraikan saham-saham mereka di bursa ke Malaysia dan saya yakin, ini instrumen yang inovatif serta dapat menambah lebih banyak kecairan pasaran, terutamanya dari segi penyertaan runcit.

“Kita mahu lihat momentum dagangan di mana aktiviti dagangan mampu beralih dari satu pasaran ke pasaran yang lain. Insya-Allah, Malaysia boleh buat kalau kita komited dalam mempelbagaikan cara instrument dipasarkan,” katanya. 

Beliau berkata, dalam era penuh cabaran dengan inflasi selepas pandemik, kecekapan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) akan membawa pembaharuan dan perubahan dalam semua sektor termasuk pelaburan dan perdagangan. 

Katanya, pelaburan dalam teknologi seperti AI antara mekanisme yang boleh membawa pembaharuan untuk lebih memahami dinamik sesuatu instrumen pelaburan di Malaysia, yang juga berpotensi menarik minat lebih ramai pedagang. 

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY