Artikel

‘Orang biasa-biasa pun boleh hidup senang’ – DDNK

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Pelaburan pasif dan agresif antara mekanisma yang mungkin boleh membantu setiap orang untuk ke arah kestabilan kewangan, dengan pengurusan dana yang konsisten. 

Pengurus Dana Bertauliah, Dato’ Dr Nazri Khan, berkata jika memiliki sistem sokongan yang bagus dan ekosistem pengurusan kewangan yang baik, semua orang berupaya untuk hidup selesa di masa depan.

“Sebab itu, dalam seminar saya, Menang Saham dan Autopilot Investor, saya menerapkan konsep semua orang boleh tingkatkan ilmu kewangan, tidak kira yang muda ataupun sudah bersara, cuma, yang diperlukan adalah masa dan kesabaran. 

“Di Malaysia ini ada banyak instrumen pelaburan yang dikendalikan oleh syarikat yang berlesen di bawah pengawasan pihak berkuasa, sama ada konvensional mahupun yang patuh shariah. Cuma, perlu bijak memilih dan mencari peluang dengan dibantu oleh Pengurus Dana yang bukan sahaja berlesen, tetapi, sentiasa berkomunikasi dan memberikan perkembangan kepada pelabur,” katanya. 

Namun, katanya semua orang perlu belajar dan fahami konsep pelaburan agar matlamat yang ingin dicapai dapat diraih, dengan memahami risiko dalam pelaburan agar tidak mereka tidak menjadi mangsa penipuan (scam). 

“Pekerja, bekerja sendiri, usahawan mahupun pesara boleh bergelar pelabur dan pedagang, kerana tidak ada limitasi bidang perkerjaan dalam bidang saham. Cuma, yang diperlukan adalah kesungguhan dan memahami kaedah berdagang yang baik untuk ke arah kewangan yang mampan,” katanya.

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY