Artikel

Kerajaan perlu rangka strategi untuk pengukuhan ekonomi dan Ringgit

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN perlu diimbangi secara diplomatik agar tidak memihak kepada mana-mana negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, bagi memperkuatkan ekonomi ASEAN.

Pengurus Dana Bertauliah, Dato’ Dr Nazri Khan, berkata Malaysia perlu juga pandai meletakkan kedudukan dalam situasi ‘perang’ ekonomi antara kedua-dua negara tersebut bagi menstabilkan Ringgit dalam pasaran. 

“Ikut situasi yang berlaku sekarang, Insya-Allah saya yakin Ringgit akan kembali kuat, tetapi, kita perlukan strategi yang bagus untuk mengimbangi peranan kita agar tidak dilihat pro kepada China mahupun US. 

“Cuma, kita perlu banyak koordinasi dari segi polisi dan beberapa insentif lain supaya pelaburan daripada China ataupun US akan memilih Malaysia sebagai alternatif. Jadi, apabila Malaysia bersikap sedemikian, itu akan memberikan banyak kelebihan kepada kita, sebab kita ke depan dari segi membuat polisi,” katanya.

Jelas beliau, Malaysia mempunyai komiti dalam merangka polisi yang bukan sahaja akan pro ASEAN, tetapi juga akan meletakkan posisi Malaysia lebih hampir dengan blok-blok ekonomi lain seperti Brazil, Rusia dan mungkin Eropah. 

Katanya, dasar-dasar yang dibuat perlu mesra negara-negara ASEAN dari segi nilai untuk meletakkan Malaysia ke depan dengan perkembangan ekonomi, sosial masyarakat dan kualiti hidup rakyat. 

“Taraf hidup rakyat juga perlu dipertingkatkan, tetapi, kita mahu melihat lebih banyak inisiatif dari kerajaan, khususnya bagi meningkatkan lebih ramai berpendapatan kelas pertengahan.

“Literasi kewangan rakyat perlu jelas dengan memastikan produktiviti dalam pelaburan, supaya mereka boleh miliki gaji aktif dan juga pasif, mungkin lebih baik daripada apa yang mereka perolehi. Ini semua sebagai Langkah untuk memperkukuhkan lagi nilai Ringgit dalam pasaran,” katanya. 

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY