Artikel

Malaysia perlu ada strategi untuk utuh dalam permainan politik ekonomi dunia

Malaysia perlu ada strategi untuk utuh dalam permainan politik ekonomi dunia

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Percaturan politik ekonomi melibatkan dua kuasa besar ekonomi dunia, Amerika Syarikat dan China sepatutnya memberikan peluang kepada Malaysia untuk mengimbangi pasaran kedua-dua negara dengan menjadikan pasaran patuh Shariah sebagai model bagi memperkukuhkan ekonomi negara.

Pengurus Dana Bertauliah, Dato’ Dr Nazri Khan, berkata pasaran patuh Shariah Malaysia perlu dipertingkatkan dan diperkuatkan untuk bergerak ke hadapan agar tidak terlalu bergantung kepada ekonomi dua negara tersebut.

“Malaysia harus rebut peluang yang ada, macam manusia yang ingin berjaya perlu buat persediaan dan menunggu peluang itu hadir. Sekarang ini, peluang mungkin sudah ada dan Malaysia perlu rebut peluang ketika pertembungan di antara dua ekonomi global  tersebut berlaku, agar Malaysia berpotensi dijadikan sebagai destinasi pelaburan bagi US dan China. 

“Malaysia harus ada strategi untuk meletakkan negara ke depan, terutamanya  menerapkan model dan pendekatan tersendiri untuk kestabilan ekonomi,” katanya.

Jelas beliau, peranan teknologi kecerdasan buatan (AI) ketika ini dilihat penting dari segi pengurusan, pentadbiran, bahkan untuk meningkatkan keupayaan ekonomi. Ini kerana, pasaran saham juga memerlukan AI untuk mengadaptasikan strategi dalam pelaburan dan dengan menjadikan AI sebagai model pelaburan Shariah, mungkin satu pendekatan yang boleh digunakan dalam berdagang. 

“Contoh sekarang ini, kita boleh buatday trading, scalping (trading jangka masa pendek) dengan dibantu oleh AI. Jadi, instrumen yang begini kita mahukan dalam pasaran saham kita di mana AI boleh mencadangkan pelbagai strategi kepada kita.

“Tetapi, semestinya kita harus melatih teknologi ini dengan data yang banyak supaya AI boleh latih dirinya untuk tidak berat sebelah. Saya sendiri juga akan memberikan penerangan mengenai kuasa AI dalam trading serta pelaburan untuk diguna pakai pedagang runcit khususnya golongan pertengahan, Insya-Allah,” katanya.

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY