Artikel

Malaysia perlu jadi peneraju Kewangan Islam – DDNK

KUALA LUMPUR, 28 Nov – “Saya ingin melihat Malaysia dijadikan Wall Street Dunia Kewangan Islam di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Penganalisis Ekonomi, Dato’ Dr Nazri Khan.

Beliau berkata, hasrat itu menjadi impiannya setelah melihat pencapaian Malaysia dalam bidang Kewangan Islam yang semakin berkembang, apatah lagi dengan kewujudan Sukuk.

Katanya, Malaysia perlu menjadi saingan kepada Dubai dalam bidang kewangan Islam terutama di Asia, dari segi perkembangan ekonomi dan perundangan Shariah yang cukup sinonim dengan dunia Islam.

“Setakat ini, kita sudah melakukan yang terbaik. Sukuk kita adalah yang paling besar di dunia, Sukuk antarabangsa. Malangnya dari segi trading, dari segi saham, tidak selaras dengan Sukuk.

“Kita kena lakukan lebih lagi bagi memastikan fiskal kekal rendah, mungkin 3 peratus, walaupun ada keadaannya agak mencabar,” katanya.

Jelas Dr Nazri Khan, untuk ke arah itu, Malaysia memerlukan bakat-bakat baharu dalam bidang kewangan, pelaburan dan trading yang boleh membawa perubahan kepada negara dengan menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Asia.

Tambah beliau, generasi muda kini lebih terarah kepada digital bank berbanding fizikal bank yang lebih memudahkan mereka untuk berurusan, ditambah pula dengan pembabitan golongan belia dalam bidang trading.

“Mereka tidak mahu fizikal bank, mereka mahukan virtual atau digital bank yang datang kepada mereka, bukan mereka kena pergi bank. Sama juga dengan trading, mereka mahu trade di serata dunia, bukan satu aset sahaja.

“Sekarang, mereka sudah bermula dengan kripto, bitcoin, benda-benda baharu. Jadi, kita kena tackle orang muda. Malaysia ramai orang-orang muda berbanding Amerika Syarikat, United Kingdom, ramai orang tua. Jadi, ini peluang untuk Malaysia bina golongan muda dalam bidang kewangan,” katanya.

share it :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MY