KUALA LUMPUR, 17 Dis – “Saya sendiri akan ajar cara trade kepada orang ramai, termasuk live trade dengan menggunakan simulasi yang sesuai,” kata Juara Trader Dunia 2024 di World Cup Trading Championship, Dato’ Dr Nazri Khan.
Beliau yang juga Pengurus Dana Bertauliah, berkata program Menang Saham yang pernah mendapat sambutan dan kini akan diterbitkan semula menerusi Menang Saham 2.0 dengan pengisian dan objektif yang lebih dekat kepada pelabur saham.
Katanya, matlamat sebenar penerbitan semula program yang pernah meraih perhatian lebih 300,000 peserta itu, adalah untuk mendidik masyarakat agar celik saham.
“Niat saya sangat suci, untuk membawa rakyat Malaysia memahami cara trade berbentuk jangka masa yang singkat.
“Semua orang mungkin nak tengok keputusan kalau boleh dalam hari yang sama mereka trade. Mereka tidak mahu lihat keputusan dalam setahun, waima sebulan atau seminggu pun mereka mungkin tidak mahu,” katanya.
Jelas beliau, pemahaman yang akan diajar oleh beliau sendiri kepada traders menyentuh mengenai teknik dan konsep sebagai trader.
“Menariknya, mereka tidak perlu melihat candlestick kerana kaedah ini tradisional. Saya akan ajar strategi yang lebih memfokuskan pelaburan jangka masa yang lebih pendek. Insya-Allah, risikonya lebih rendah sebab kita beli dan jual hanya dalam masa beberapa minit sahaja.
“Menang Saham yang saya buat sebelum ini menggunakan kaedah lama. Walaupun kaedah itu efektif, tetapi lambat dan berkemungkinan berisiko besar sebab kita lakukan dalam tempoh beberapa minggu. Jadi, kaedah kali ini kita hanya akan masuk pasaran dalam masa beberapa minit sahaja,” katanya.
Dr Nazri Khan berkata, bagi pelabur-pelabur saham yang ingin mempelajari kaedah terbaharu dengan cara yang akan diajar oleh beliau sendiri, boleh dapatkan maklumat lanjut di www.menangsaham.com.





